Pages

Thursday 25 May 2017

Pakwe? Crush? hmm...

Sis tak ada suka sesiapa?

Tipulah kalau sis tak pernah suka atau minat dengan sesiapa kan? Perasaan tu normal. Cumanya sifat tu perlu dikawal.Kalau tidak mudarat pada diri sendiri semula.Bercinta pada waktu ini,bukanlah waktu yang sesuai bagi sis. Bercinta untuk enjoy hanya membuang masa dan melalaikan.


Sedikit tips jika korang tersuka seseorang :

1.Pendam dalam hati.
2.Jangan cerita pada rakan2 atau orang tu sendiri.
3.Pegang prinsip anda .(Prinsip  sis: Aku nak belajar bukan bercinta, capai kejayaan baru boleh bantu keluarga)
4.Anggap saja semua orang adalah kawan.
5.Fikir Perasaan ni sekejap je.
6.Jangan terlalu berangan untuk dapatkan dia,
Banyak lagi,cukuplah tu dulu.

RULES dalam falling in love

haa.. bercinta pun ada rules tau.. ahaha mcm kahwin la ad rules juga.. meh baca sis listkan beberapa rules supaya korang lebih matang dlm bercinta dan bergaul dgn org sekeliling.

# 1 | HORMATI HUBUNGANNYA
Sungguhpun kamu berdua mempunyai perasaan yang sama terhadap satu sama lain, itu tidak bermaksud kamu berhak hancurkan hati pasangannya. Seorang gadis yang matang adalah gadis yang sentiasa menghormati perasaan orang di sekelilingnya. Jadi tak perlu gunakan taktik kotor untuk curi perhatian jejaka tersebut. Percayalah, jika kamu berdua memang di takdirkan bersama satu hari nanti si dia akan tetap jadi milik kamu. Jadi hormatilah hubungannya yang sudah dimiliki itu.

# 2 | JAGA BATAS PERGAULAN
Bila bersama, pastikan kamu sentiasa jaga batas pergaulan kamu. Jangan cuba mengambil kesempatan. Walaupun si dia relakan segalanya jangan jatuhkan maruah kamu sebagai seorang perempuan yang terlalu ‘pemurah’ dengan kasih sayang. Cuba bayangkan jika kamu berada di situasi pasangannya. Adakah kamu selesa dan akan gembira apabila pasangan kamu mempunyai hubungan yang ‘berlebihan’ dengan perempuan lain ?

# 3 | ELAKKAN BERCERITA TENTANG HATI
Cuba elakkan dari terus bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap dirinya. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan agak terdesak untuk memburu cintanya. Jangan begitu, sebaiknya cuba jadi diri sendiri dan tenang melalui apa sahaja keadaan.

# 4 | SENTIASA BERSEDIA
Dalam keadaan seperti ini, macam-macam boleh terjadi. Secara tidak langsung hati kamu akan menjadi sangat rapuh dan mudah berkecai. Oleh itu, sentiasa ingatkan pada diri dan bersiap sedia untuk menerima kekalahan. Ini kerana kebahagian yang kamu idamkan itu kemungkinan tidak akan kekal selamanya seperti apa yang kamu impikan.

# 5 | BACK UP PLAN!
Berkawan juga dengan jejaka/gadis lain. Jangan harapkan si dia seorang. Cuba berkawan dengan orang lain juga sebagai ‘back up plan’. Sekurang-kurangnya apabila si dia meninggalkan kamu atau memulaukan kamu, tidaklah kamu rasa terlalu sunyi dan di bayangi oleh bayangannya. Betul tak ?

okey sis ta cukup masa nak tulis panjang2 hehe smpai sini dlu tuk harini ya <3